0

PENTING!!! FAHAMI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI ANAK ANDA.

Perkembangan Sosio-emosi Kanak-kanak

Memahami perkembangan sosio-emosi kanak-kanak adalah perkembangan yang amat penting untuk dititikberatkan oleh ibu bapa.

Kanak-kanak yang perkembangan sosio-emosinya terganggu sering menunjukkan masalah-masalah antara lainnya adalah:

  1. Emosinya tidak menentu dan susah dikawal.
  2. Terlalu takut sehingga susah untuk berkawan dan bergaul.
  3. Sering menangis dan merengek.
  4. Tidak berani untuk mencuba sesuatu yang baru.
  5. Sukar belajar kemahiran baru terutamanya apabila baru masuk ke sekolah.
  6. Sukar memahami keperluan sosial dalam satu-satu situasi.
  7. Dan banyak lagi…

Saya menyediakan inforgrafik ini untuk menerangkan secara mudah, 6 antara aspek utama yang amat penting untuk dilihat oleh ibu bapa dalam perkembangan sosio-emosi anak-anak (terima kasih kepada aplikasi piktochart).

Disertakan juga TIPS PERKEMBANGAN yang boleh diaplikasikan terus oleh ibu bapa dan guru-guru.

Semoga bermanfaat 🙂

infografik-sosioemosi (1)

 

Anak anda sering MENGAMUK? Mungkin artikel ini boleh membantu:

ANAK ANDA SERING BUAT PERANGAI? ARTIKEL INI DAPAT MEMBANTU ANDA..

Mahu pastikan anda punya masa berkualiti dengan anak kesayangan anda? Baca ini:

Q-15 : QUALITY 15 MINUTES

Anak anda mungkin KETAGIHAN GADGET? Baca artikel ini untuk kenal pasti:

GADGET DAN KEBEJATAN INTERAKSI SOSIAL

 

Advertisements
1

GADGET DAN KEBEJATAN INTERAKSI SOSIAL

Ramai ibu bapa yang bertanya pada saya: Benarkah mereka tidak boleh memberikan gadget kepada anak-anak mereka?

Saya tiada 1 jawapan mutlak untuk soalan tersebut.

Kenapa?

Bagi saya, tidak adil untuk tidak memberikan gadget kepada anak-anak kerana itu adalah alat kegunaan harian. Saya ulang: Harian.

Anda yang membaca posting saya ketika ini, saya yakin ramai yang membacanya menggunakan telefon pintar. Apa yang anda rasakan anak kesayangan anda fikirkan setiap kali mereka melihat anda menggunakan gadget?
Pernah anda lihat anak-anak kecil berpura-pura bercakap di dalam telefon?
Anak-anak meniru perbuatan. Itu adalah indikator kepada perkembangan sosial, kognitif dan komunikasi yang baik.
Jadi, jika telefon pintar atau tablet anda sentiasa bersama anda, apa anda yakin anak anda tidak akan punya minat pada apa yang anda pegang setiap masa itu?

Saya sering menjawab persoalan-  “Adakah gadget itu tidak elok kepada anak saya?”- dengan melihat kepada situasi anak tersebut.

Pernah anda dengar simptom ketagihan gadget?

Saya akan minta ibu bapanya berhentikan terus penggunaan gadget jika saya lihat anaknya punya tanda-tanda ketagihan gadget.

Apa yang saya lihat?

1. Tantrum setiap kali gadget dijauhkan darinya (sangat susah untuk memintanya menghentikan penggunaan gadget pada satu-satu masa).
2. Meminta gadget hampir setiap masa.
3. Tidak langsung menyahut jika sedang menonton video atau bermain permainan di dalam gadget.
4. Tidak membenarkan orang lain melihat gadget bersama ketika dia sedang menggunakan gadget.
5. Hilang kawalan oral-motor (air liur meleleh) ketika melihat gadget.
6. Terlupa untuk ke tandas semasa sedang menggunakan gadget (terutama bagi yang sedang dalam latihan ke tandas).
7. Tidak tidur sehingga lewat malam kerana menggunakan gadget.
8. Hanya boleh ditenteramkan dengan gadget dan bukan dengan permainan lain.
9. Tidak ada minat untuk bermain permainan lain.
10. Tidak mahu bermain dengan kawan atau sepupu semasa keramaian, dan hanya duduk bermain gadget sahaja seorang diri.
11. Dan banyak lagi…(ini hanyalah sebahagian sahaja)

Biasanya jika kanak-kanak ada mana-mana tanda di atas, saya akan minta ibu bapanya hentikan dahulu penggunaan gadget. Hentikan sehingga anak tidak lagi meminta gadget.

Bagaimana?

Jauhkan gadget dari pandangan mereka. (Anda juga tidak boleh menggunakan gadget di hadapan mereka).

Jika mereka menangis? Mengamuk?

Biarkan…

Anda harus tahu. Anak-anak sangat ingin diberikan “boundaries”. Jika anda tegas dengan “boundary” anda, mereka akan lebih mudah belajar.

Lebih baik berjaga-jaga awal dari membiarkan perkara ini berlarutan sehingga mengakibatkan perkembangan sosial-komunikasi-emosi kanak-kanak terganggu.

Bila gadget selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak?

1. Jika kanak-kanak minta untuk tengok video di gadget, ibu bapa kata “tidak boleh”, dan kanak-kanak tadi tidak meragam dan boleh mencari permainan lain.
2. Bila tiada 11 ciri yang saya nyatakan di atas.
3. Bila ibu bapa turut serta mengetahui apa yang ditonton oleh anak-anak.
4. Bila anak-anak boleh mengaitkan apa yang ditontonnya dengan persekitaran sekeliling.
5. Bila anak-anak tidak terlalu mencari gadget dan mempunyai permainan kesukaannya yang dimainkan secara berfungsi.

Anda nampak tak ada SATU KOMPONEN UTAMA di situ?

KOMUNIKASI-SOSIAL

Bagaimana anda boleh tahu apakah keadaan anak anda dan berapa besar signifikan gadget serta impak gadget pada perkembangannya?

Jawapannya dengan mempunyai komunikasi dan hubungan sosial yang amat rapat dengan anak anda.

Saya pernah mencadangkan pendekatan Q-15. (klik sini untuk Q15)Di mana setiap hari, ibu dan bapa meluangkan 15 minit untuk SETIAP ANAK untuk melihat perkembangan mereka dan untuk mengenal pasti jika anak anda ada sebarang kesukaran dalam menguasai kemahiran yang sesuai dengan usianya.

Komunikasi adalah amat penting. Amat amat penting.

=====================
Anak dan Bola Keranjang
=====================
Tempoh hari, saya dan sekeluarga pergi makan-makan di sebuah medan selera. Meja kami seperti biasa agak tidak senyap. Kami punya anak usia 4 tahun, 2 tahun dan 4 bulan. Seharusnya meja kami tidak senyap.

Thufayl (4 tahun) akan sering bertanya itu dan ini: “mama, ayah, kenapa lampu dia bulat?” “Kenapa meja ni tinggi sangat?” “Macam mana Thufayl nak minum ni? Straw dia lari-lari!!”

Imdad (2 tahun) pula akan ikut segala apa yang dilakukan oleh abangnya.

Dan saya serta suami akan sedaya upaya mengelakkan diri dari menggunakan gadget kami, dan fokus pada melayan kerenah mereka. Kami dapat konklusikan, anak-anak akan mempunyai mood yang sangat baik. Jika ibubapa melayan mereka dengan baik. Melayan dengan baik di sini bukan menurut kehendak, tetapi berkomunikasi dengan mereka.

Tiba-tiba, suami saya memanggil saya: “yang, kesian abang tengok budak lelaki tu.”

Saya menoleh ke arah seorang anak lelaki lebih kurang usia 8 atau 9 tahun sedang memusing-musingkan bola keranjang yang dipegangnya. Beraksi pelbagai dengan bola tersebut. Sekejap-sekejap memanggil ayahnya. Sekejap-sekejap memanggil ibunya. Namun, ibu ayahnya hanya menjeling dan mengeluarkan bunyi “berdecit” seolah rimas sungguh bila anaknya itu sering memanggil.

Saya tak salahkan ibu ayah yang terasa rimas bila asyik dipanggil itu. Kita manusia. Sekali sekala pasti rasa rimas bila nama disebut 15 kali dalam sela masa 5 minit. 😅

Tapi, apa yang saya dan suami sedihkan. Anak bola keranjang itu keluar bersama ibu, ayah dan kakaknya. Dan keadaan ketiga mereka kelihatan sangat santai duduk di sofa meja makan. Dan kesemua mereka bersama gadget masing-masing. Tidak seorang pun yang memberikan perhatian kepada anak itu yang jelas cuba mencari perhatian mereka.

Pernah anda dengar ATTENTION SEEKING BEHAVIOR (Perilaku mencari perhatian)? Terapis biasanya akan meminta anda membuat “log behavior” untuk mengenal pasti sebab sesuatu perilaku tu berlaku. ATTENTION SEEKING BEHAVIOR berbunyi seperti satu isu atau masalah pada anak bukan?

Apa pandangan anda jika saya tukar kepada CONNECTION SEEKING BEHAVIOR (Perilaku mencari hubungan)? Bunyinya lebih meruntun hati bukan?

Gadget dan kesannya pada komunikasi, hubungan sosial serta luahan emosi anak-anak bukan hanya diletakkan bebanan kesan dan punca pada anak-anak yang terlalu sukakan gadget hingga mengganggu perkembangan sosialnya.

Gadget dan kesannya pada komunikasi, hubungan sosial serta luahan emosi anak-anak perlu juga dilihat kepada betapa ketagihnya kita sebagai ibu bapa dengan gadget. Dan berapa kualiti hubungan yang kita bina dengan anak-anak.

Saya tahu ia pahit ditelan. Saya juga ibu, suami saya juga bapa.

Tapi, perubahan positif pada anak-anak hanya akan berlaku jika ibu bapa lebih positif dan peka kepada keperluan anak-anak.

Semoga Allah memudahkan urusan kita semua.

-AisyahRozalli-
Annahlu Therakids (kerja lebih masa)
11 Jun 2016.

image