0

PENTING!!! FAHAMI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI ANAK ANDA.

Perkembangan Sosio-emosi Kanak-kanak

Memahami perkembangan sosio-emosi kanak-kanak adalah perkembangan yang amat penting untuk dititikberatkan oleh ibu bapa.

Kanak-kanak yang perkembangan sosio-emosinya terganggu sering menunjukkan masalah-masalah antara lainnya adalah:

  1. Emosinya tidak menentu dan susah dikawal.
  2. Terlalu takut sehingga susah untuk berkawan dan bergaul.
  3. Sering menangis dan merengek.
  4. Tidak berani untuk mencuba sesuatu yang baru.
  5. Sukar belajar kemahiran baru terutamanya apabila baru masuk ke sekolah.
  6. Sukar memahami keperluan sosial dalam satu-satu situasi.
  7. Dan banyak lagi…

Saya menyediakan inforgrafik ini untuk menerangkan secara mudah, 6 antara aspek utama yang amat penting untuk dilihat oleh ibu bapa dalam perkembangan sosio-emosi anak-anak (terima kasih kepada aplikasi piktochart).

Disertakan juga TIPS PERKEMBANGAN yang boleh diaplikasikan terus oleh ibu bapa dan guru-guru.

Semoga bermanfaat 🙂

infografik-sosioemosi (1)

 

Anak anda sering MENGAMUK? Mungkin artikel ini boleh membantu:

ANAK ANDA SERING BUAT PERANGAI? ARTIKEL INI DAPAT MEMBANTU ANDA..

Mahu pastikan anda punya masa berkualiti dengan anak kesayangan anda? Baca ini:

Q-15 : QUALITY 15 MINUTES

Anak anda mungkin KETAGIHAN GADGET? Baca artikel ini untuk kenal pasti:

GADGET DAN KEBEJATAN INTERAKSI SOSIAL

 

Aside
0

PERANGAI ANAK MEMBUATKAN ANDA RUNSING?

“Anak saya tak mahu duduk diam, Puan Aisyah”

“Puan Aisyah, masalah saya ialah anak saya suka jerit-jerit kalau saya tak bagi apa yang dia mahukan”

“Sekarang ni, Ahmad suka sangat marah-marah bila waktu makan”

Itu adalah antara komen atau aduan ibu bapa pada saya mengenai anak mereka. Kebanyakan ibu bapa yang saya jumpa adalah ibu bapa yang punya anak-anak yang jelas ada kelewatan perkembangan; baik autisme, hyperactive atau learning disorder.

Sering juga saya perlu mengingatkan pada mereka. Anak anda adalah kanak-kanak. Dan kanak-kanak memanglah ada perangainya.

Kerana itulah saya selalu sarankan ibu bapa memahami dengan baik perkembangan kanak-kanak. Anda harus tahu, adakah perilaku yang anak anda lakukan itu sesuai dengan usianya. Apakah perkembangan diri yang sedang berlaku dalam sesuatu luahan perilaku itu? Dan jika anak anda lewat perkembangan, di tahap manakah perkembangan kanak-kanak yang anak anda sedang lalui yang menyebabkannya melakukan sesuatu perkara itu?

Ramai sahaja ibu bapa yang datang ke Annahlu hanya untuk buat penilaian perkembangan anak-anak dan mendapatkan sedikit tips untuk perkembangan anak mereka. Penilaian perkembangan kami bukan hanya spesifik untuk kanak-kanak yang sudah pasti punya masalah perkembangan. Tetapi juga untuk ibu bapa yang tidak pasti samada anaknya berkembang dengan baik ataupun tidak.

10424251_10152532414248323_2729689146269877887_n

Mari kita lihat DUA perkara yang sering dirunsingkan oleh ibu bapa:

Runsingan 1: Anak menjerit apabila tidak dibelikan mainan atau makanan ringan (jajan)

Anda harus tahu, ini adalah amat normal untuk kanak-kanak yang berusia antara 2 – 4 tahun. Mereka belum faham konsep boleh atau tak boleh. Bagi mereka, apa yang mereka mahukan, mesti mereka perolehi.  Mereka juga sedang mencuba “boundary” anda. Betul ke tak boleh? Kalau adik jerit, jadi boleh ke tak? Bijakkan? 🙂

Pengurusan:

  1. Bantu anak anda dengan mendidiknya bahawa “tidak” maknanya “tidak”. Jika anda kata “tidak boleh”, dan apabila anak anda mula meraung maka anda pun goyah dan mengalah pada kehendaknya, anda hanya membuatkan anak anda keliru. Dan seterusnya anak anda akan belajar: “Jerit, maka ayah/ ibu akan tukar fikiran.”    
  2. Tidak perlu marah-marah, babap-babap anak anda di khalayak ramai. Anak anda tidak akan dapat absorb apa pun yang anda katakan padanya ketika itu atau apa sahaja yang anda lakukan padanya ketika itu.
  3. Semasa anda katakan “tidak” pada kali pertama itu, terus berikan sebab kenapa tidak. Contohnya: “Tak boleh gula-gula. Nanti gigi rosak.” Jika anak anda minta lagi, ulang balik apa yang and cakap. Bila mula menjerit sahaja, biarkan dan terus buat urusan anda. (Pastikan anak anda selmata bersama anda dan tidak lari-lari)
  4. Jika anak anda menjerit, biarkan. Mata sekeliling memandang? Biarkan. Mendidik anak anda pada ketika itu adalah lebih penting dari menghiraukan apa yang orang fikir pada anak anda. Anda hanya jumpa orang ramai pada waktu itu. Tapi, kesan apa yang anda lakukan ketika itu, meninggalkan impak besar pada perkembangan sosio-emosi anak anda. Jadi, bertabah. Dan nikmati perjalanan keibubapaan anda (dengan onak durinya sekali).
  5. Bagaimana jika anak anda mula terbaring di atas lantai? Biarkan sebentar dengan anda berada sebelahnya. Kalau selepas anda memintanya bangun berkali-kali dia masih tidak mahu bangun, angkat sahaja anak anda. Letak di dalam kereta sorong atau dukung sahaja. Jangan mengalah lagi pada kehendaknya. Nanti bila anak anda tahu perbuatannya itu tidak membuahkan hasil, dia akan berhenti dan faham sendiri.

Runsingan 2: Anak tidak mahu mendengar cakap / arahan ibu bapa

Kajian kes: Pernah semasa saya sedang makan bersama suami dan anak-anak, ada seorang bapa di meja belakang kami terjerit-jerit pada anaknya. Anaknya sedang duduk di atas meja sambil makan french fries dan bapanya terjerit-jerit berulang-kali: “Duduk bawah! Duduk bawah!” (saya bukan busy body, tapi saya ada telinga 🙂 )

Tapi, anaknya yang pada ketika itu lebih kurang dalam lingkungan 2-3 tahun hanya memandang bapanya sambil meneruskan makan french fries di atas meja dan menggoyang-goyangkan kaki. Hinggalah si bapa akhirnya menyerah dan biarkan sahaja anaknya terus duduk di atas meja. Si ibu? Hanya memandang tanpa masuk campur.

Perbincangan: Kanak-kanak pada usia 2 – 4 tahun ini sedang belajar berkomunikasi dan bersosial. Dan mereka perlukan tunjuk ajar. Anak di dalam kajian kes tadi sedang menguji sejauh mana bapanya akan mengimplementasikan arahannya. Dan anak itu sedang mencuba “boundary”nya.

Pengurusan:

  • Ibu bapa saling menyokong. Amalkan untuk menyokong pasangan anda dalam apa sahaja arahan yang diberikannya pada anak-anak. Ini akan menimbulkan rasa hormat anak kepada bapa, dan rasa hormat anak kepada ibu. Mengapa? Sering anak-anak akan punya satu ikon yang mereka lebih gemari (samada ibu atau bapa). Jadi, jika bapa memberikan arahan dan ibu pula tidak menekankan arahan bapa itu, lebih teruk kalau ibu pula membantah arahan bapa kepada anak itu, anak boleh hilang rasa hormat pada bapa. Jadi, seiring sejalan di taman membesarkan anak-anak ya :).

 

  • Gunakan Physical Prompting. Apabila anda memberikan arahan kepada anak kecil anda (seperti “duduk bawah”), anak anda perlu faham apakah maksud arahan tersebut. Dalam kajian kes kita di atas, mungkin bagi si anak dia sudah “duduk bawah” kerana dia bukan sedang berdiri di atas meja. Angkat anak anda dan dudukkan dia di atas kerusi sambil menyebut “duduk bawah”.

 

  • Bantu anak anda faham arahan anda. Jika anak anda bangun semula (mengikut kes kajian), ulang kembali arahan yang sama dan gunakan physical prompting hingga anak anda faham. Ulangan akan membantu anak anda faham dengan lebih baik.

BAGAIMANA MENGETAHUI SAMADA PERANGAI/ PERILAKU ANAK ANDA SESUAI DENGAN PERKEMBANGAN USIANYA?

 

Luangkan masa bersama anak anda untuk melihat benar-benar perkembangannya. Gunakan formula Q15 untuk membahagikan masa harian anda untuk anak anda.

In shaa ALLAH saya akan kongsikan tentang developmental milestone untuk anda mengetahui perkembangan secara spesifik anak-anakmengikut usianya dalam posting yang lain nanti.

AisyahRozalli

14 Jun 2016

Annahlu Therakids