0

MEMAHAMI PERKEMBANGAN ANAK-ANAK ADALAH PENTING

MEMAHAMI PERKEMBANGAN ANAK-ANAK ADALAH PENTING

AisyahRozalli
(01May2016)

Tahukah anda perkembangan kemahiran kanak-kanak adalah amat dipengaruhi oleh perkembangan asas tubuh badan mereka?

Tahukah anda refleks tubuh yang tidak berintegrasi dengan baik akan menyebabkan kanak-kanak punya masalah dalam pelbagai kefungsian tubuh termasuk kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, kefungsian kognitif, serta daya tumpuan dan perhatian.

Apabila kanak-kanak punya masalah dalam kemahiran-kemahiran utama tubuh ini, ia akan mengganggu keupayaan kanak-kanak untuk belajar kemahiran yang lebih tinggi seperti: KEMAHIRAN MENULIS, MEMBACA, MENGIRA, BERSOSIAL, BERKOMUNIKASI, BERMAIN, KREATIVITI DAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN HARIAN yang lain.

Mengenal pasti samada anak-anak sudah mempunyai refleks yang terintegrasi adalah penting.

Mengetahui apa yang perlu dilakukan jika refleks anak-anak belum terintegrasi juga penting.

Ibu bapa adalah guru terbaik anak-anak.

Ibu bapa yang bermaklumat tentang perkembangan anak-anak, berilmu tentang kefungsian tubuh anak-anak secara holistik akan dapat memberikan stimulasi terbaik dalam kuantiti masa yang diperuntukkan untuk keluarga walaupun sibuk dengan kerja seharian.

In shaa Allah 😊😊😊😊😊

Advertisements
0

“STICKER CHART” DALAM MENDIDIK TINGKAHLAKU: KEBAIKAN ATAU MUDARAT?

“STICKER CHART” DALAM MENDIDIK TINGKAHLAKU: KEBAIKAN ATAU MUDARAT?

Aisyah Rozalli
(23Feb2016)

Bismillahirrahmanirrahim.
Penggunaan “sticker chart” sebagai salah satu kaedah dalam pengukuhan positif (positive reinforcement) merupakan antara kaedah yang agak popular di kalangan ibu bapa samada ibu bapa dengan anak-anak tipikal atau yang punya masalah dalam perkembangan.

Secara personal, saya tidak menggemari penggunaan “sticker chart” sebagai positive reinforcement. Saya akui, saya pernah menggunakan kaedah ini dengan anak-anak istimewa Annahlu. Kami OT dilatih dengan menggunakan kaedah-kaedah yang telah dibuktikan berkesan melalui kajian (evidence-based practice) dan penggunaan positive reinforcement bersifat material seperti “star chart” atau “sticker chart” memang merupakan satu kaedah “evidence-based” yang telah terbukti berkesan dalam memastikan anak-anak berjaya menyiapkan kerja yang diberikan atau mengikut sesuatu jadual yang telah disusun.

Namun, setelah beberapa ketika, saya dapati penggunaan “behavioral chart” seumpama ini melahirkan anak-anak yang melakukan sesuatu kerana ingin mendapatkan sesuatu. Dan hati saya tidak selesa dengan situasi ini. Kepada anak-anak yang verbal, mereka akan cenderung untuk bertanya “apa yang akan saya dapat jika saya melakukan ini?”. Dan ini adalah tidak natural. Kanak-kanak dilahirkan dengan kekuatan masing-masing. Allah memberikan kekuatan kepada kanak-kanak dari segi fizikal, kekuatan berfikir, kekuatan emosi dan kekuatan sosial. Walaupun anak-anak itu punya masalah dalam perkembangan, mereka punya kekuatan-kekuatan ini yang perlu kita bantu untuk diserlahkan. Mengajar mereka secara material akan membuatkan mereka melihat dunia secara material dan bukan secara sosial.

Apa itu melihat dunia secara sosial?
Manusia merupakan makhluk sosial. Allah s.w.t menciptakan kita dari pelbagai kaum, latar belakang, bahasa dan budaya supaya kita saling bersosial dan belajar dari orang lain. Menjadi makhluk sosial, memerlukan kita untuk tahu bersosial. Bersosial termasuk berkomunikasi dengan baik, memahami ekspresi dan luahan emosi orang lain, mempunyai keinginan untuk membantu dan dibantu dan faham tanggungjawab diri dalam komuniti sosialnya (sebagai anak, sebagai adik, sebagai pelajar, sebagai rakan).

Menggunakan “behavioral charts” yang bersifat material secara berterusan boleh menghilangkan kekuatan sosial yang sedia ada pada kanak-kanak. Banyak kanak-kanak yang dibiasakan dengan “star charts” akan “anticipate” apa yang akan mereka dapat jika mereka melakukan sesuatu. Sebagai contoh:
“Kalau Ahmad tolong kakak, kakak nak bagi Ahmad apa?”
“Apa yang akan Abu dapat jika tolong ibu bersihkan dapur?”
“Kalau Siti puasa penuh, berapa ringgit Siti dapat?”

Apa yang dirunsingkan ialah apabila kanak-kanak ini menjadi dewasa, mereka akan melihat keadaan sekeliling secara materi.
“Kalau saya bantu orang itu, apa yang akan saya dapat?”

Dalam artikel yang saya kepilkan bersama ini, penulis ada menyatakan tentang mengubah “sosial norms” kepada “market norms”.

Seperti yang saya katakan tadi, manusia ialah makhluk sosial yang punya kekuatan untuk bersosial seperti membantu orang lain dan melakukan tanggungjawabnya dalam komuniti.

Norma sosial dalam komuniti seseorang kanak-kanak seperti membantu ibu di dapur kerana kasihankan ibu, atau menolong adik yang jatuh basikal kerana berasa tanggungjawab sebagai seorang abang boleh berubah kepada norma pasaran (market norms) jika mereka diajar melakukan contoh-contoh tadi dengan alat bantuan bersifat material (cth: star chart).
Contohnya: “Jika bantu ibu di dapur, ibu berikan RM2.” Dan jika anak anda jawab, “tak mengapalah, adik tak mahu RM2.” lantas dia berlalu pergi. Jadi?

Membina perhubungan sosial bagi saya adalah lebih penting dari memastikan anak-anak dapat “menyiapkan kerja”. Apabila anak-anak punya hubungan sosial yang baik, mereka akan lebih mudah untuk memahami tanggungjawab sosial mereka dalam komuniti. Ibu yang sering bercerita kepada anak-anak betapa ayah penat bekerja kerana sayangkan keluarga, akan menjadikan anak-anak menghargai ayah dan akan berusaha untuk membantu mengikut tahap perkembangan mereka dan akan lebih mudah mendengar kata.

Menggunakan “sticker chart” memang akan memberikan impak pantas untuk ‘menggerakkan’ anak menyiapkan sesuatu kerja. Kerana anak-anak akan nampak dengan konkrit apa yang akan mereka perolehi. Namun, ibu bapa dan guru-guru yang menggunakan kaedah ini perlu sangat berhati-hati dan bersifat observan terhadap kesannya kepada perilaku sosial anak-anak. Kita mahu anak-anak membesar menjadi individu yang peka dengan keperluan masyarakat sosial. Dan bukan inidividu yang hanya melihat kepada “apa yang akan saya dapat“.

“Social reinforcement” merupakan antara kaedah “positive reinforcement” yang lebih mesra kepada norma sosial dan perkembangan sosial kanak-kanak. Efektifnya social reinforcement ini tidak dapat dilihat sepantas efektifnya “star chart”. Tetapi, kesannya pada pembinaan sosio-emosi adalah lebih membina dan positif, in shaa Allah.

Ada masa nnt saya share tentang “social reinforcement” ye..in shaa Allah…

A very good article to read..

http://www.theatlantic.com/health/archive/2016/02/perils-of-sticker-charts/470160/