0

PENTING!!! FAHAMI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI ANAK ANDA.

Perkembangan Sosio-emosi Kanak-kanak

Memahami perkembangan sosio-emosi kanak-kanak adalah perkembangan yang amat penting untuk dititikberatkan oleh ibu bapa.

Kanak-kanak yang perkembangan sosio-emosinya terganggu sering menunjukkan masalah-masalah antara lainnya adalah:

  1. Emosinya tidak menentu dan susah dikawal.
  2. Terlalu takut sehingga susah untuk berkawan dan bergaul.
  3. Sering menangis dan merengek.
  4. Tidak berani untuk mencuba sesuatu yang baru.
  5. Sukar belajar kemahiran baru terutamanya apabila baru masuk ke sekolah.
  6. Sukar memahami keperluan sosial dalam satu-satu situasi.
  7. Dan banyak lagi…

Saya menyediakan inforgrafik ini untuk menerangkan secara mudah, 6 antara aspek utama yang amat penting untuk dilihat oleh ibu bapa dalam perkembangan sosio-emosi anak-anak (terima kasih kepada aplikasi piktochart).

Disertakan juga TIPS PERKEMBANGAN yang boleh diaplikasikan terus oleh ibu bapa dan guru-guru.

Semoga bermanfaat 🙂

infografik-sosioemosi (1)

 

Anak anda sering MENGAMUK? Mungkin artikel ini boleh membantu:

ANAK ANDA SERING BUAT PERANGAI? ARTIKEL INI DAPAT MEMBANTU ANDA..

Mahu pastikan anda punya masa berkualiti dengan anak kesayangan anda? Baca ini:

Q-15 : QUALITY 15 MINUTES

Anak anda mungkin KETAGIHAN GADGET? Baca artikel ini untuk kenal pasti:

GADGET DAN KEBEJATAN INTERAKSI SOSIAL

 

Advertisements
0

“STICKER CHART” DALAM MENDIDIK TINGKAHLAKU: KEBAIKAN ATAU MUDARAT?

“STICKER CHART” DALAM MENDIDIK TINGKAHLAKU: KEBAIKAN ATAU MUDARAT?

Aisyah Rozalli
(23Feb2016)

Bismillahirrahmanirrahim.
Penggunaan “sticker chart” sebagai salah satu kaedah dalam pengukuhan positif (positive reinforcement) merupakan antara kaedah yang agak popular di kalangan ibu bapa samada ibu bapa dengan anak-anak tipikal atau yang punya masalah dalam perkembangan.

Secara personal, saya tidak menggemari penggunaan “sticker chart” sebagai positive reinforcement. Saya akui, saya pernah menggunakan kaedah ini dengan anak-anak istimewa Annahlu. Kami OT dilatih dengan menggunakan kaedah-kaedah yang telah dibuktikan berkesan melalui kajian (evidence-based practice) dan penggunaan positive reinforcement bersifat material seperti “star chart” atau “sticker chart” memang merupakan satu kaedah “evidence-based” yang telah terbukti berkesan dalam memastikan anak-anak berjaya menyiapkan kerja yang diberikan atau mengikut sesuatu jadual yang telah disusun.

Namun, setelah beberapa ketika, saya dapati penggunaan “behavioral chart” seumpama ini melahirkan anak-anak yang melakukan sesuatu kerana ingin mendapatkan sesuatu. Dan hati saya tidak selesa dengan situasi ini. Kepada anak-anak yang verbal, mereka akan cenderung untuk bertanya “apa yang akan saya dapat jika saya melakukan ini?”. Dan ini adalah tidak natural. Kanak-kanak dilahirkan dengan kekuatan masing-masing. Allah memberikan kekuatan kepada kanak-kanak dari segi fizikal, kekuatan berfikir, kekuatan emosi dan kekuatan sosial. Walaupun anak-anak itu punya masalah dalam perkembangan, mereka punya kekuatan-kekuatan ini yang perlu kita bantu untuk diserlahkan. Mengajar mereka secara material akan membuatkan mereka melihat dunia secara material dan bukan secara sosial.

Apa itu melihat dunia secara sosial?
Manusia merupakan makhluk sosial. Allah s.w.t menciptakan kita dari pelbagai kaum, latar belakang, bahasa dan budaya supaya kita saling bersosial dan belajar dari orang lain. Menjadi makhluk sosial, memerlukan kita untuk tahu bersosial. Bersosial termasuk berkomunikasi dengan baik, memahami ekspresi dan luahan emosi orang lain, mempunyai keinginan untuk membantu dan dibantu dan faham tanggungjawab diri dalam komuniti sosialnya (sebagai anak, sebagai adik, sebagai pelajar, sebagai rakan).

Menggunakan “behavioral charts” yang bersifat material secara berterusan boleh menghilangkan kekuatan sosial yang sedia ada pada kanak-kanak. Banyak kanak-kanak yang dibiasakan dengan “star charts” akan “anticipate” apa yang akan mereka dapat jika mereka melakukan sesuatu. Sebagai contoh:
“Kalau Ahmad tolong kakak, kakak nak bagi Ahmad apa?”
“Apa yang akan Abu dapat jika tolong ibu bersihkan dapur?”
“Kalau Siti puasa penuh, berapa ringgit Siti dapat?”

Apa yang dirunsingkan ialah apabila kanak-kanak ini menjadi dewasa, mereka akan melihat keadaan sekeliling secara materi.
“Kalau saya bantu orang itu, apa yang akan saya dapat?”

Dalam artikel yang saya kepilkan bersama ini, penulis ada menyatakan tentang mengubah “sosial norms” kepada “market norms”.

Seperti yang saya katakan tadi, manusia ialah makhluk sosial yang punya kekuatan untuk bersosial seperti membantu orang lain dan melakukan tanggungjawabnya dalam komuniti.

Norma sosial dalam komuniti seseorang kanak-kanak seperti membantu ibu di dapur kerana kasihankan ibu, atau menolong adik yang jatuh basikal kerana berasa tanggungjawab sebagai seorang abang boleh berubah kepada norma pasaran (market norms) jika mereka diajar melakukan contoh-contoh tadi dengan alat bantuan bersifat material (cth: star chart).
Contohnya: “Jika bantu ibu di dapur, ibu berikan RM2.” Dan jika anak anda jawab, “tak mengapalah, adik tak mahu RM2.” lantas dia berlalu pergi. Jadi?

Membina perhubungan sosial bagi saya adalah lebih penting dari memastikan anak-anak dapat “menyiapkan kerja”. Apabila anak-anak punya hubungan sosial yang baik, mereka akan lebih mudah untuk memahami tanggungjawab sosial mereka dalam komuniti. Ibu yang sering bercerita kepada anak-anak betapa ayah penat bekerja kerana sayangkan keluarga, akan menjadikan anak-anak menghargai ayah dan akan berusaha untuk membantu mengikut tahap perkembangan mereka dan akan lebih mudah mendengar kata.

Menggunakan “sticker chart” memang akan memberikan impak pantas untuk ‘menggerakkan’ anak menyiapkan sesuatu kerja. Kerana anak-anak akan nampak dengan konkrit apa yang akan mereka perolehi. Namun, ibu bapa dan guru-guru yang menggunakan kaedah ini perlu sangat berhati-hati dan bersifat observan terhadap kesannya kepada perilaku sosial anak-anak. Kita mahu anak-anak membesar menjadi individu yang peka dengan keperluan masyarakat sosial. Dan bukan inidividu yang hanya melihat kepada “apa yang akan saya dapat“.

“Social reinforcement” merupakan antara kaedah “positive reinforcement” yang lebih mesra kepada norma sosial dan perkembangan sosial kanak-kanak. Efektifnya social reinforcement ini tidak dapat dilihat sepantas efektifnya “star chart”. Tetapi, kesannya pada pembinaan sosio-emosi adalah lebih membina dan positif, in shaa Allah.

Ada masa nnt saya share tentang “social reinforcement” ye..in shaa Allah…

A very good article to read..

http://www.theatlantic.com/health/archive/2016/02/perils-of-sticker-charts/470160/

0

KOMUNIKASI VS BERTUTUR

Komunikasi VS Bertutur
Aisyah Rozalli
(05June2015)

Jarang punya kesempatan menulis. Sambil meneman anak tersayang di wad kerana bronchopneumonia, kusempatkan sedikit insights ini.

Kami di Annahlu & Autism.

Sebenarnya, fungsi seorang OT bukan hanya terbatas kepada Sensory Diet sahaja. Kami melihat kanak2 secara keseluruhannya: ie.. sediakah mereka berkawan, pandaikah mereka ke tandas, mengapa mereka mengamuk, apa yang cuba mereka komunikasikan, kesulitan apa yg mereka hadapi di sekolah, kesukaran apa yg dihadapi oleh ibu bapa semasa menguruskan anak2, Dan kami akn cuba sedaya upaya membantu.

Di Annahlu, kami punya pelbagai kondisi anak2. Dari kes non-verbal autism hingga kes anak2 yg markahnya rendah di sekolah. Kami gunakan pelbagai strategi yang sesuai utk setiap kes yang kami perlu bantu. Stimulasi visual perception, visual memori utk bantu yg sukar membaca dan mengira. Prompting utk mmbantu yg masih belum pndai pakai baju. Sensory integration bg yg punya SPD yg jelas.

Namun, anak2 autism adalah sejujurnya yg masuk ke mimpi kami hampir setiap malam. Tantrum mereka yg kami telah diajar secara teori utk menilai samada ianya kerana masalah sensori atau behavior, eye contact mereka yg kadang-kala surprisingly bertahan hampir 10 minit naturally tanpa sebarang que/paksaan. Bila mereka yg dikatakan tidak suka sentuhan datang sendiri dan duduk di ribaan kami face-to-face bersama kontak mata yg jelas dan terus selama hampir 10minit sambil kadang-kala minta dipeluk cium.

Kami berdiskusi di Annahlu ttg anak2 ini. Apakah konsep drilling menggunakan flashcard benar2 diperlukan? Anak2 yg nonverbal autism: benarkah mereka tidak faham dgn persekitaran mereka? Anak2 yg belum pndai bermain, benarkah mereka tidak punya kefahaman sosial?

1 perkara yg kami dpt kenal pasti dari anak2 yg dtg ke program Annahlu terutamanya yg nonverbal autism: mereka BERKOMUNIKASI dgn kami. Program mereka yg memakan masa 2-3 jam sekurang2nya di Annahlu membuatkn kami yakin sesungguhnya mereka cuba berkomunikasi dgn kami.

Bezakan KOMUNIKASI & BERTUTUR di sini.

Komunikasi adalah sesuatu yg boleh dilakukan dlm pelbagai kaedah: sign language, letter boards, bahasa tubuh.
Anak yg tiada pertuturan tidak semestinya tidak punya komunikasi.
Dan kami lihat keinginan berkomunikasi ini pd anak2 nonverbal autism di annahlu.

OT punya kaedah Augmentative Communication yg biasanya kami gunakan utk anak2 CP. Ianya di bwh Modification Modalities.

Mungkin anak2 nonverbal autism perlukan communication methods yg spesifik. Kami yakin, ada kaedah dlm pendekatan OT yg kami boleh gunakan utk membantu.

Walau apa pun, in shaa Allah. I believe a therapist has to be creative and emphatic. In shaa Allah syg2 nonverbal yg punya autism, teacher OT akn cuba sedaya upaya membantu.

1

GADGET DAN KEBEJATAN INTERAKSI SOSIAL

Ramai ibu bapa yang bertanya pada saya: Benarkah mereka tidak boleh memberikan gadget kepada anak-anak mereka?

Saya tiada 1 jawapan mutlak untuk soalan tersebut.

Kenapa?

Bagi saya, tidak adil untuk tidak memberikan gadget kepada anak-anak kerana itu adalah alat kegunaan harian. Saya ulang: Harian.

Anda yang membaca posting saya ketika ini, saya yakin ramai yang membacanya menggunakan telefon pintar. Apa yang anda rasakan anak kesayangan anda fikirkan setiap kali mereka melihat anda menggunakan gadget?
Pernah anda lihat anak-anak kecil berpura-pura bercakap di dalam telefon?
Anak-anak meniru perbuatan. Itu adalah indikator kepada perkembangan sosial, kognitif dan komunikasi yang baik.
Jadi, jika telefon pintar atau tablet anda sentiasa bersama anda, apa anda yakin anak anda tidak akan punya minat pada apa yang anda pegang setiap masa itu?

Saya sering menjawab persoalan-  “Adakah gadget itu tidak elok kepada anak saya?”- dengan melihat kepada situasi anak tersebut.

Pernah anda dengar simptom ketagihan gadget?

Saya akan minta ibu bapanya berhentikan terus penggunaan gadget jika saya lihat anaknya punya tanda-tanda ketagihan gadget.

Apa yang saya lihat?

1. Tantrum setiap kali gadget dijauhkan darinya (sangat susah untuk memintanya menghentikan penggunaan gadget pada satu-satu masa).
2. Meminta gadget hampir setiap masa.
3. Tidak langsung menyahut jika sedang menonton video atau bermain permainan di dalam gadget.
4. Tidak membenarkan orang lain melihat gadget bersama ketika dia sedang menggunakan gadget.
5. Hilang kawalan oral-motor (air liur meleleh) ketika melihat gadget.
6. Terlupa untuk ke tandas semasa sedang menggunakan gadget (terutama bagi yang sedang dalam latihan ke tandas).
7. Tidak tidur sehingga lewat malam kerana menggunakan gadget.
8. Hanya boleh ditenteramkan dengan gadget dan bukan dengan permainan lain.
9. Tidak ada minat untuk bermain permainan lain.
10. Tidak mahu bermain dengan kawan atau sepupu semasa keramaian, dan hanya duduk bermain gadget sahaja seorang diri.
11. Dan banyak lagi…(ini hanyalah sebahagian sahaja)

Biasanya jika kanak-kanak ada mana-mana tanda di atas, saya akan minta ibu bapanya hentikan dahulu penggunaan gadget. Hentikan sehingga anak tidak lagi meminta gadget.

Bagaimana?

Jauhkan gadget dari pandangan mereka. (Anda juga tidak boleh menggunakan gadget di hadapan mereka).

Jika mereka menangis? Mengamuk?

Biarkan…

Anda harus tahu. Anak-anak sangat ingin diberikan “boundaries”. Jika anda tegas dengan “boundary” anda, mereka akan lebih mudah belajar.

Lebih baik berjaga-jaga awal dari membiarkan perkara ini berlarutan sehingga mengakibatkan perkembangan sosial-komunikasi-emosi kanak-kanak terganggu.

Bila gadget selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak?

1. Jika kanak-kanak minta untuk tengok video di gadget, ibu bapa kata “tidak boleh”, dan kanak-kanak tadi tidak meragam dan boleh mencari permainan lain.
2. Bila tiada 11 ciri yang saya nyatakan di atas.
3. Bila ibu bapa turut serta mengetahui apa yang ditonton oleh anak-anak.
4. Bila anak-anak boleh mengaitkan apa yang ditontonnya dengan persekitaran sekeliling.
5. Bila anak-anak tidak terlalu mencari gadget dan mempunyai permainan kesukaannya yang dimainkan secara berfungsi.

Anda nampak tak ada SATU KOMPONEN UTAMA di situ?

KOMUNIKASI-SOSIAL

Bagaimana anda boleh tahu apakah keadaan anak anda dan berapa besar signifikan gadget serta impak gadget pada perkembangannya?

Jawapannya dengan mempunyai komunikasi dan hubungan sosial yang amat rapat dengan anak anda.

Saya pernah mencadangkan pendekatan Q-15. (klik sini untuk Q15)Di mana setiap hari, ibu dan bapa meluangkan 15 minit untuk SETIAP ANAK untuk melihat perkembangan mereka dan untuk mengenal pasti jika anak anda ada sebarang kesukaran dalam menguasai kemahiran yang sesuai dengan usianya.

Komunikasi adalah amat penting. Amat amat penting.

=====================
Anak dan Bola Keranjang
=====================
Tempoh hari, saya dan sekeluarga pergi makan-makan di sebuah medan selera. Meja kami seperti biasa agak tidak senyap. Kami punya anak usia 4 tahun, 2 tahun dan 4 bulan. Seharusnya meja kami tidak senyap.

Thufayl (4 tahun) akan sering bertanya itu dan ini: “mama, ayah, kenapa lampu dia bulat?” “Kenapa meja ni tinggi sangat?” “Macam mana Thufayl nak minum ni? Straw dia lari-lari!!”

Imdad (2 tahun) pula akan ikut segala apa yang dilakukan oleh abangnya.

Dan saya serta suami akan sedaya upaya mengelakkan diri dari menggunakan gadget kami, dan fokus pada melayan kerenah mereka. Kami dapat konklusikan, anak-anak akan mempunyai mood yang sangat baik. Jika ibubapa melayan mereka dengan baik. Melayan dengan baik di sini bukan menurut kehendak, tetapi berkomunikasi dengan mereka.

Tiba-tiba, suami saya memanggil saya: “yang, kesian abang tengok budak lelaki tu.”

Saya menoleh ke arah seorang anak lelaki lebih kurang usia 8 atau 9 tahun sedang memusing-musingkan bola keranjang yang dipegangnya. Beraksi pelbagai dengan bola tersebut. Sekejap-sekejap memanggil ayahnya. Sekejap-sekejap memanggil ibunya. Namun, ibu ayahnya hanya menjeling dan mengeluarkan bunyi “berdecit” seolah rimas sungguh bila anaknya itu sering memanggil.

Saya tak salahkan ibu ayah yang terasa rimas bila asyik dipanggil itu. Kita manusia. Sekali sekala pasti rasa rimas bila nama disebut 15 kali dalam sela masa 5 minit. 😅

Tapi, apa yang saya dan suami sedihkan. Anak bola keranjang itu keluar bersama ibu, ayah dan kakaknya. Dan keadaan ketiga mereka kelihatan sangat santai duduk di sofa meja makan. Dan kesemua mereka bersama gadget masing-masing. Tidak seorang pun yang memberikan perhatian kepada anak itu yang jelas cuba mencari perhatian mereka.

Pernah anda dengar ATTENTION SEEKING BEHAVIOR (Perilaku mencari perhatian)? Terapis biasanya akan meminta anda membuat “log behavior” untuk mengenal pasti sebab sesuatu perilaku tu berlaku. ATTENTION SEEKING BEHAVIOR berbunyi seperti satu isu atau masalah pada anak bukan?

Apa pandangan anda jika saya tukar kepada CONNECTION SEEKING BEHAVIOR (Perilaku mencari hubungan)? Bunyinya lebih meruntun hati bukan?

Gadget dan kesannya pada komunikasi, hubungan sosial serta luahan emosi anak-anak bukan hanya diletakkan bebanan kesan dan punca pada anak-anak yang terlalu sukakan gadget hingga mengganggu perkembangan sosialnya.

Gadget dan kesannya pada komunikasi, hubungan sosial serta luahan emosi anak-anak perlu juga dilihat kepada betapa ketagihnya kita sebagai ibu bapa dengan gadget. Dan berapa kualiti hubungan yang kita bina dengan anak-anak.

Saya tahu ia pahit ditelan. Saya juga ibu, suami saya juga bapa.

Tapi, perubahan positif pada anak-anak hanya akan berlaku jika ibu bapa lebih positif dan peka kepada keperluan anak-anak.

Semoga Allah memudahkan urusan kita semua.

-AisyahRozalli-
Annahlu Therakids (kerja lebih masa)
11 Jun 2016.

image