Q-15 : QUALITY 15 MINUTES

Q-15 : QUALITY 15 MINUTES

Aisyah Rozalli
(20Jan2016)

Q-15 adalah 1 formula yg sy sering gunakan bg memastikan masa berkualiti yang diluangkan bersama anak-anak saya adalah mencukupi. Dan formula inilah juga yang sering saya berikan pada ibu bapa yang datang untuk konsultansi di Annahlu.

Q-15 adalah 1 formula di mana setiap hari, kita perlukan pastikan sekurang-kurangnya 15 minit daripada masa 24jam kita diberikan pada SETIAP ANAK bagi memastikan mereka berada pada tahap perkembangan yang sesuai dengan usia mereka. Jadi, jika anda punyai 2 orang anak, secara totalnya 30 minit perlu anda luangkan setiap hari untuk kedua-dua anak tadi (15 minit untuk setiap seorang).
Dan jika ada hari yang tidak cukup 15 minit, gantikan masa itu ke keesokan harinya. ‘Due date’ anda adalah pada hujung mggu (hari ke-7). Jadi, jika anda kumpulkan 15 minit tadi pada hujung mggu, anda perlu luangkan 105 minit (1 jam 45 minit) untuk setiap anak anda.

Terlalu banyak masa anda yang diambil? Secara jujurnya. Anak-anak dewasa ini tidak punya kesempatan ‘eksplorasi’ bermain seperti kita. Jadi, ramai antara mereka yang tidak dapat menepati ‘developmental milestones’ mereka. Kesukaran anak-anak ini, mungkin tidak dapat diidentifikasi jika kita tidak meluangkan masa spesifik untuk mereka. Mengapa? Kerana saya tahu. Ramai antara kita yang terlalu sibuk. Hatta ibu-ibu yang merupakan pengurus rumahtangga sepenuh masa pun, perlu memastikan mereka dapat meluangkan masa spesifik untuk melihat perkembangan anak-anak ini. Mengesan awal kesukaran anak-anak atau kelewatan perkembangan anak-anak adalah amat penting supaya tindakan awal dapat diambil.

Berikut saya senaraikan beberapa tips untuk menjalankan Q-15 secara mudah dan tidak stress (hehehe):

1. Dapatkan senarai semak ‘developmental milestones’ mengikut umur anak anda.

2. Rancang aspek apa yang anda ingin lihat pada hari tersebut. Cth: kemahiran motor kasar/ motor halus/ membaca/ menulis/ sosial.

3. Dapatkan beberapa contoh aktiviti / permainan untuk anda lakukan yang boleh membantu anda melihat perkembangan anak untuk setiap aspek kemahiran (saya galakkan sediakan 2/3 aktiviti sehingga anda tahu aktiviti apa yang digemari oleh anak anda. Jangan paksa anak anda ikut aktiviti yang anda sudah rancang)

4. Bahagikan 15 minit itu kepada beberapa bahagian. Cth: 5 minit tengahari, 10 minit waktu malam. (Cuba kenal pasti waktu yang anak anda lebih responsif pada aktiviti anda)

5. Jika anda ingin melihat perkembangan menulis / membaca / mengira, cuba elakkan penggunaan kertas dan pensel. Gunakan aktiviti lain atau cara lain. Namun, jika anak anda memang sukakan aktiviti menggunakan kertas dan pensel, anda boleh menggunakannya.

6. Aktiviti yang anda rancang mestilah menyeronokkan dan tidak menyebabkan stress pada anak-anak dan juga anda.

7. Jika anak anda tidak dapat melakukan aktiviti yang sepatutnya pada usianya, jangan panik! Mungkin anak anda belum biasa. Cuba lagi 4-5 kali. Jika masih tidak berjaya atau anak anda kelihatan tidak faham langsung, berikannya aktiviti yang 1 tahap lebih rendah.

8. Rujuk pada occupational therapist berdekatan jika anda dapati anak anda kelewatan yang ketara dalam perkembangannya (lebih 3 perkara dalam ‘milestone’nya tidak dapat dia lakukan).

9. Dapatkan kerjasama antara kedua2 ibu dan bapa. Kesan yang diberikan ibu dalam perkembangan anak-anak adalah berbeza dengan kesan yang diberikan oleh bapa. Gabungan kedua ibu bapa (atau ikon ibu/bapa) adalah terbaik.

Sekian. Selamat mencuba 😊😊😊

Advertisements

3 thoughts on “Q-15 : QUALITY 15 MINUTES

  1. Pingback: GADGET DAN KEBEJATAN INTERAKSI SOSIAL | annahlutherakids

  2. Pingback: ANAK ANDA SERING BUAT PERANGAI? (BACA INI) | Annahlu Therakids

  3. Pingback: PENTING!!! FAHAMI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI ANAK ANDA. | Annahlu Therakids

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s